Wednesday, 21 December 2011

Hampa!!

Bismillahirrahmanirahim..


Sudah sekian laama ase ak xmenulis..bukan kerana tidak mahu menulis,tapi sejak 2 menjak nie idop ak btol2 da jadi kelam kabut..ak pown xtaw laa kenapa jadi macam tuu..mungkin ada benda y mengguris perasaan ak kot..banyak sgt kot bermain-main di fikiran ak sampaikan mood ak na stadi pown da lame xmenjengah tiba di hati ini..hidup ak pown da macam mayat hidup..entah ape y merasuk jiwa ak sampai ak jdi macam nie..huhu..sedeyhh jgax sebenarnya melihat diri ak skunk nie..tapi ak xmampu untuk berdiri untuk melawan semua ini..diherdik,dihina,dikutuk da jdi macam bnda biasa bg ak..even ada y menegor,namun jiwa ak da mati..huhu..setakat ini je kot ak na menulis malam nie..
lagu nie ada banyak maksud mendalam kepada aku..sedeyhh bila memikirkan diri aku sekarang..aku mencari diri ak kembali..huhu

Thursday, 8 December 2011

Jauhi zina !!

Bismillahirrahmanirahim..


Lame ase xmenulis di sini..bergelumang dengan buku-buku membuatkan kadang2 aku ase malas plax na stadi..haha..tapi ak sentiasa tetapkan di hati aku bahawa aku belajar kerana Allah SWT..sekuat mane pown kite belajar,lau tanpa bantuan Allah SWT xmgkin kot kite memahami ape y kite belajar..itu pesan mama aku laa...


Dunia akhir zaman,apabila dosa menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita..Pemimpin y benar ditolak ketepi,pemimpin y berdusta menakluki takhta..semuanya tanda-tanda akhir zaman..walhal,tanda y pertama akhir zaman ialah kelahiran Nabi Muhammad SAW..jika dilihat pada kehidupan kita sekarang,kiamat sebenarnya kian hampir tiba..kadang2 aku takut melihat kehidupan pada masa sekarang..pembuangan bayi berleluasa..bermakna ia bermula dengan hubungan lelaki dan perempuan tanpa ikatan y sah..yela,jika kita lihat sekarang,apabila berkapel,lelaki mane y xkan menyentuhi makwe nya..susah kot na jumpe sekrang y xberpegangan tangan,padahal itulah bermula nya zina..



Firman Allah SWt, y bermaksud:"Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk."


Thabrani Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud,"Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaan empat macam iaitu, hilang seri mukanya,disempitkan rezeki,kemurkaan Allah atasnya dan ia berkekalan dalam neraka,"


Jika ditanya pada diri kita sendiri,kita pasti selalu mendengar atau melafazkan ayat ini..tapi sekadar melafazkan,kita xpenah rasa takut kepada Allah SWT..takut kepada azab neraka dan y paling ditakuti jika kemurkaan Allah SWT..jika kemurkaan Allah SWT terjadi kepada kita,entah ape akan jadi kepada kehidupan kite tanpa keredhaan Yang Maha Esa..idup tanpa cahaya ibarat melangkah dalam kegelapan y tidak tahu destinasinya..

Alhamdulillah,kita sekarang masih mampu menyebut namaNya hari ini..masih mampu mengingatiNya hari ini..alhamdulillah,ape y ak minta keampunan daripadaNya..dosa2 y xmampu kita elakkan kerana kita hanya manusia biasa y xkan lari dari kesilapan..kadang2 kita juga selalu lalai apabila dibuai neraka dunia..

Jika ditanya pada diri insan y kerdil ini,masakan mampu insan ini menolak jika ikan untuk diratah..namun insan ini hanya mampu berserah agar Allah SWT sentiasa memelihara diri ini daripada terjebak dalam lembah zina..ak xnafikan suatu ketika dulu bila aku kapel,ak asekan diri ini semakin menghampiri zina..alhamdulillah,Allah SWT masih sayangkan aku lalu ditariknya ak dari menghampiri zina..ak bersyukur kepada Mu Ya Allah..jikalau aku dirasuk syaitan membawa aku untuk menghampiri zina,Kau kembalikan aku kepada jalanMu Ya Allah..sesungguhnya aku takut akan kemurkaanMu..


***Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri,jangan jadi bunga y tidak mempunyai duri...
***Berbahagialah orang yang menjadi tian kepada dirinya,menjadi pemandu kepada nafsunya dan menjadi kapten kepada bahtera hidupnya..


i

Thursday, 24 November 2011

Mane letaknya Hati(aL-Qalb) kita??

Bismillahirahmanirahim..


Alhamdulillah..pd pagi y masih gelap nie,aku terasa na mencoretkan sesuatu pg nie..Aku sebenarnya suka pada waktu pg cmnie..tenang,sunyi tanpa bunyi suara manusia,pg y dingin menenangkan seluruh pelusuk sanubari ini.Kadang2 ramai kwn ak bertanya kenapa ak suke bangun pd waktu cmnie??ad ckp ak nie burung hantu la..hehe..tpi sbnarnye nie laa diri ak sejak 3 tahun y lepas..ak akan tido awl dan bangun pd waktu begini..mama aku pown selalu pesan,alang2 da bgon pd waktu cmnie,ape slahnya amek sejadah bersujud padaNya..tpi aku??hmmm..kecewa jgax kdg2 dgn diri ak nie...huhu

Malam nie ak na mencoretkan blog ak nie dengan soal hati sebenarnya..soal hati susah untuk diungkapkan dengan kata2..kata2 mungkin boleh menipu,tpi hati jarang dpt menipu..apekah hati sebenarnya??



Mane satu hati kite sebenarnya??hati y dimaksudkan cinta ataupun hati sebagai organ tubuh badan kite??sebenarnya hati kite adalah diri kita..diri kita inilah hati kita..hati y organ tubuh badan nie hanya na menyatakan manusia mempunyai hati..hati y dimaksudkan cinta tuu ialah nafsu semata-mata..cinta Allah melalu hati kite..iaitu diri kita,akal kita,..diri kita y mengingati Nya,mengagungkanNya,medambakan diri kepadaNya..kita boleh nampak hati kita bley kita melihat diri kita..kenali diri kita,kita akan kenal Allah Yang Maha Esa..sape diri kita tuu??tubuh badan kita ke?bukan sebenarnya..tubuh badan kita hanyalah perantaraan shja..hanyalah jasad shja..hati kita adalah diri kita..bersamaan dengan roh kitaa...

Aku selalu terbaca artikel-artikel mengenai cinta manusia."Cantik Di Luar Biarlah Secantik Di Dalam"..cantik di dalam mane sebenarnya?di dalam hati?kite pena ke tgok hati kite?mane na taw cantik ke x hati kite nie..bagi aku,di luar akan kelihatan cantik sekiranya di dalam sudah cantik..kecantikan seorang lelaki or perempuan akan terserlah bila hati,jasad dan rohnya adalah cantik...tp kita manusia..bagaimana kite menilai kecantikan perempuan or lelaki??kerana paras rupanya,kebaikannya,or kematangannya ke??kalau paras rupanya y cantik,alhamdulillah kerana itu pown anugerah y dipinjamkan oleh Allah SWT kepada kita...kebaikannya?bagaimana kite menilai kebaikan seseorang..adakah kerana dye melayan kita dengan baik,amek berat pasal diri kita..kita tahu ke ape y terbuku di hatinya..kita yaken dye x berniat jahat dengan kite..susah kan na merungkai soal hati nie..tpi hati y sebaik-baiknya adalah hati y menyerahkan kepada Allah SWT..


Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)


Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi,lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat berakal(memahami) atau mempunyai telinga yang dengan itu dapat mendengar?kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta,tetapi yang buta,ialah hati yang di dalam dada..firman Allah dalam surah Al-Hajj


Firman Allah tersebut jelas mengatakan akal kita berada di dalam hati,hati kite berada di dada..dalam kite menjalani kehidupan di muka bumi ini,gunakan lah akal untuk membezakan buruk dan baik..lau kita gagal membezakan y baik dan buruk sesuatu,bukan mata kita y buta,tetapi hati kita y telah dibutakan dengan neraka dunia..hidupkan lah hati kita dengan zikrullah agar kita xmenjadi buta dalam menjalani sisa-sisa kehidupan kita..

Kita selalu berdoa agar ditetapkan hati kita,bukakanlah pintu hati,didekatkan hati kita dengan Maha Pencipta,..hati kita selalu xtenteram andai kate kita melakukan dosa,tpi di mana sebenarnya hati tuu??Wallahu'allam..hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui..namun,lau kita melakukan dosa tanpa rase bersalah,sah kita da buta hati..setitis kita mengotorkan hati kita dengan setitik hitam,jika kita xdibersihkan lama-kelamaan akan mengotori kita..bersihkan lah hati kita..sucikanlah hati..hanya ada satu penyelesaian nya..bersama Allah SWT..namun lau kita terus meneres mengotorkan hati kita,maka tertutup lah hati kita..kemurkaan Allah SWT..Ya Allah,jauhkanlah ak dari kemurkaanMu...

Dengarkanlah....



***Sayangilah hati kita..
***P/s maaf andai kate ada perkara-perkara y ak tulis nie xdisetujui oleh anda,..lau ad pendapat,juz komen k..mgkin pengetahuan utk ak..ak pown masih lagi jahil...

Wednesday, 23 November 2011

Malam Ini Aku Keseorangan

Dengan lafaz Bismilahirrahmanirahim...


Malam ini aku terdampar di tepi pantai keseorangan..
Menanti sebuah kapal untuk membawaku pulang ke rumah..
Terus menanti,menanti,namun bayang-bayang kapal pun akuu tak kelihatan..
Perlukah aku terus menanti sesuatu y belun pasti?
Akal mula mencari sesuatu jalan menuju jalan pulang..

Malam ini aku terus terdampar di tepi pantai keseorangan..
Tanpa seurat benang..ye,aku malu sgt2 tanpa pakaian..
Tanpa ibu bapa,kawan-kawan y biasa menemani aku,
Perut mula bermain-main irama y penuh dengan kesyahduan,
Badan mula terasa penat,tekak ini hanya mampu menahan kehausan seteguk air,
kepada siapa harus aku meminta pertolongan selain daripada Yang Maha Esa..


Malam ini aku duduk keseorangan di tepi pantai,
Hanya mampu berserah kepada Nya,
Mampukah aku sampai ke rumah jika hanya duduk seperti ini?
Sekali lagi otak aku mula ligat berfikir,
Mencari sesuatu ilham yang mungkin dapat membuahkan hasil,
Hati ini mula terasa sunyi,
Badan ini mula terasa kesejukan menahan tiupan dingin angin malam,
Apa y perlu aku lakukan?kepada siapa perlu aku meminta pertolongan dalam suasana sunyi ini?
Lalu ku mengambil daun-daunan untuk menutupi sang tubuh ini..
Ku menghadapNya untuk meminta pertolongan,memohon kepadaNya dengan penuh pengharapan...

Malam ini aku terus berseorangan di tepi pantai,
Mengahayati alam ciptaan Nya pada waktu malam,
Kerlipan bintang begitu indah dan membuatkan hati ini terasa jatuh cinta,
Sinaran bulan terus menyemburkan cahaya nya,
Langit y gelap tidak sedikit pun terasa gelap jika bersama teman-temannya,
Bintang,bulan akan sentiasa bersama-sama menemani hari-hari malam aku,
Lalu aku melihat ombak yg terus memukul pantai,hati ini mmula tertanya-tanya,
Bagaimana semua ini terjadi?mampukah manusia mencipta semua ini?
Kekuasaan Mu terlalu hebat Ya Allah,
Kerana Kau adalah Pencipta kami di muka bumi ini...

Malam ini aku tak lagi berseorangan,
Aku di temani oleh Sang Bulan,Sang Bintang, Sang Ombak,Sang Pantai,
Dan yang sudah pasti aku ditemani oleh Malaikat di kanan dan kiri ku,
Y sentiasa mencatatkan baik dan buruk aku,
Hati aku mula ditemani oleh Kau dan kekasihMu Muhammad Ya Rasulullah,
Zikrullah menjadi pengubat duka lara aku di tepi pantai ini,
Hanya mampu berdoa agar ada orang y membawaku pulang,
Membawaku pulang ke jalan yang benar,jalan yang lurus,jalan menuju ke Syurga Mu....




***Maaf andai puisi ini xla baek sgt..ak hanye menulis sahaja..meluahkan ape y terbuku di hati
***Alhamdulillah..aku sebenarnya suka menulis puisi-puisi ini.ak hanya menggerakan tangan ini shja..idea dtgnya dri Allah..tpi lau puisi ini xsempurna,mgkin aku y kekurangan skill sbnarnyer..sbb ak xpena na blaja cre menulis puisi dengan betol..ak maen bedal jer..hehhehe

Monday, 21 November 2011

Cinta Rasul

Bismillahirrahmanirahim..


Alhamdulillah..pagi nie ak terasa nak menulis sket..lagipun esox cuti..na rest sepenuhnya pg esox..sementara menunggu azan Subuh berkumandang...terlebih dahulu ak na beritahu,blog2 y ak tulis nie sebenarnya berkisar tentang hidup ak,orang di sekeliling ak..lau sedikit sal keagamaan tuu,bukan ak na menunjuk-nunjuk ke pe..ak menulis untuk buat peringatan kpd diri ak sendiri..dan mgkin ad sedikit-sedikit pe y sy beritahu tuu mgkin boleh digunakan..Wallahualam laa..sbb sy hanye menulis,idea dan buah fikiran tuu dtg dri Allah SWT..tangan ini hanya digerakkan shja untk menaip.


Jangan meniru semasa peperiksaan dijalankan!!hehe..hampir kebanyakkan pelajar pasti akan melakukannya bila peperiksaan dijalankan..yelaa..ak sendiri pown penah lakukannya tpi tuu mase ak zaman jahilliah dlu..zaman y ak maksudkan ialah mase ak berumur 16 dan 17 tahun,.remaja na membesar kan..banyak benda y xelok ak penah buat..Alhamdulillah..sekarang nie walaupun masih kelihatan kebudak-budak kan tpi ak da lebih matang asenyer dri dulu,..kawan baik ak sendiri pown ckp cm2..gembira laa jga sbb ad owg ckp cm2..sbb ak da xna owg ckp ak cm bdak-bdak..ak na jdi seorang lelaki y matang..Meniru dalam exam adalah salah sbb xjujur pada diri sendiri..entahlah..mayb btol kot..ak pown kdang-kdang keliru..tpi Alhamdulillah laa sejak masuk matrik sampai laa msuk U nie,ak xske meniru time test or exam..Yela watpe dpt markah tinggi sedangkan xtahu papepown y lecturer ajar...

Tuu pasal Meniru dalam exam..ak sebenarnya na meniru cara hidup Rasulullah SAWdalam kehidupan baginda..Baginda merupakan idola kita semua..sbb kita adlah umatnya..Sunah baginda Rasulullah SAW perlu kita semua ikuti..sbb kita adalh umatnya..mane mgkin Rasulullah SAW akan memberi syafaat kepada kita mase perhitungan amalan nanti lau Sunah y baginda tinggalkan kpd kita,kita xpenah pown amalkan dalam kehidupan kita..


Adalah diriwayatkan bahawa Al-Hasan bin 'Ali k.w. bercerita: Husain (saudara kandung Hassan): "Aku bertanya kepada bapaku ( 'Ali bin Abi Talib) tentang perilaku Rasulullah SAW kepada sahabat-sahabatnya. Lalu bapaku berkata:
Rasulullah SAW adalah seorang yg bermuka manis, lembut budi pekertinya, tawadhuk, tidak bengis, tiada kasar, tiada bersuara keras, tiada berlaku dan berkata keji, tidak suka mencela dan juga tidak kedekut. Baginda membiarkan (tidak mencela) apa-apa yg tidak disenanginya, tidak menjadikan orang yg mengharapkan pertolongan menjadi putus asa, tidak pula menolak untuk itu.

"Baginda tidak berbicara melainkan pada sesuatu yang diharapkan ada kebaikannya..."(Riwayat At-Tarmizi, al-Syamail al Muhammadiah)


Cinta Allah SWT adalah cinta kita y pertama..Cinta baginda Rasulullah SAW adalah cinta kedua kita..Cinta manusia adalah y ketiga..cinta ketiga tuu bukan lah y dimaksudkan dengan bf or gf kite,tpi ibu bapa,saudara se Islam,cinta kpd alam sekitar,haiwan..cinta nya Rasulullah kepada kita sampaikan hujung nyawa baginda,bagina menyebut ummati,ummati,ummati..umatku,umatku,umatku..bimbang,sayang,cintanya baginda kepada umatnya..namun kita sbgai umatnya,pernahkah timbul perasaan y begitu menebal kepada baginda?mlut kita mmg senang utk mengatakan aku cinta pada Rasul aku..tpi betul ke hati kita benar-benar maksudkan??kita mengikut ke Sunah baginda??

Jika dilihat pada kehidupan kita sekarang nie,termasuklah ak sendiri pown..dunia telah membuatkan kite semua lalai dan leka..hinggakan kite lupe orang y tela diutuskan oleh Allah SWT menyampaikan wahyu kepada umat-umatnya,berjuang demi menegakkan agama Islam,namun pernah ke kite ingat jasa baginda??sape y kite sanjung-sanjung dalam kehidupan?Tunku Abdul Rahman ke??Onn Jaafar??Mahathir Mohamad??or Najib Razak??lupekan lah sanjungan tuu..baek kite mengenali baginda Rasulullah SAW lebih bermakna dalam kehidupan kita..dapat jgak syafaat kelak..


Kita semakin sibuk dengan dunia ciptaannye sendiri. Dunia keseronakan terhadap hiburan yang melalaikan, dunia pekerjaan yang menjerumuska kite ke arah hilangnya harge diri lantaran ikutkan nafsu (rasuah, tidak amanah dsb), dunia pelajar yang sepatutnya dijalani penuh bijaksana akhirnya menjebakkan diri ke lembah kelesuan dek kerana melupakan tanggungjawab sebenar sebagai seorang pejuang ilmu. Insan yang tidak berakhlak akan hilang rasa tanggungjawab terhadap diri,
keluarga, dan ummah; seandainya ramai yang berkeadaan demikian,
maka dikhuatiri negara dan ummah akan binasa. Semoga kita dilindungi drpd melakukan perkara-perkara y menyalahi di sisi agama Islam..


Carilah cinta Allah dan kekasihnya Muhammad Ya Rasulullah..pasti hidup kite lebih bermakna..ak berdoa agar ak dpt mencintai Kau sebagaimana KekasihMu mencintai Kau..kenali diri anda pasti anda akan mengenaliNya...ak jga sedang mengenali diri ini..doakan ak agar ak dpt mengenali dri ak sebelum tiba saatnya ak menuju ke alam seterusnya,alam barzakh...yelaa..bekalan ak na menuju ke hari perhitungan masih belum mencukupi..entahkan diterima atau tidak ibadah ku..lau xditrime,bekalan ape y ak na bawak ke sane..kereta???motor??duet??haha..lau tuu boleh bawak,lom tntu ak ley bawak jgax..

***Kenali Diri Sendiri,Pasti Akan Kita Kenal Yang Maha Pencipta
***lau ada terkurang,minta maaf sgt2..ak pown kekurangan ilmu jgax..masih dalam proses mengenali diri sendiri..


Mampukah Harimau Muda Mengaum Di Kandang Garuda ???


Skuad Harimau Muda

Alhamdulillah Malaysia kita melayakkan diri sekali lagi ke Final Sukan Sea di Indonesia..Skuad yang terkenal dengan jolokan Harimau Muda ini layak ke final selepas menumpaskan Myanmar dengan jaringan Ahmad Fakhri Sharani..Tahniah diucapkan kepada skuad Malaysia bawah 23 tahun ini..Menanti mereka di final ialah tuan rumah,Indonesia..Pada petang y suci ini,izinkan aku untuk mengulas sedikit tentang player-player Malaysia..Berdasarkan pendapat ak sendiri laa..



Khairul Fahmi Che Mat-seorang keeper y begitu cekap,tenang mengawal situasi,berani,..dan ape y ak ley ckp,walaupun mempunyai ketinggian y xtnggi sgt,tpi mempunyai layangan badan y ckup sempurna..bg ak,dye ptot dijadikan idola kepada sesiapa y mahu menjadi keeper..y palink best,dye orang Qlate..boleh diiktiraf Keeper Terbaek Asia Tenggara..



Fadhli Shas-mempunyai ketahanan mental y kuat,body y sempurna utk defender,larian y pantas,bijak membaca pergerakan lawan..walaupun bru berusia 20 tahun,tetapi permainan nya seperti pemain y sudah bnyk pengalaman..Pengalaman beraksi bersama kelab di Slovakia nmpaknya ditagih pada aksi kali ni..bnyak belajar dri kesilapan..aksinya lebih berjaya pada kali ni berbanding ketika beraksi bersama Skuad Kebangsaan..boleh diiktiraf Pertahanan Terbaek Harimau Muda..


Muslim Ahmad-pertahanan y begitu konsisten pada Sukan Sea kali nie..gandingan nya bersama Fadhli Shas kelihatan seperti sudah serasi..berbeza semasa bermain dengan Skuad Kebangsaan y kelihatan banyak melakukan kesilapan-kesilapan mudah..namun begitu,dye pantas membaiki kesilapan..


Mahali Jasuli-mempunyai susuk tubuh y sasa,body y begitu mantap,larian y laju,mempunyai skill tersendiri,pertahanan y begitu sempurna dan pandai mengawal situasi semasa diserang..walaupun aksinya ala yoyo,tpi kali nie dye mantap..aksinya bersama Skuad Kebangsaan tidak begitu menjadi sejak dua menjak nie..namun dye skali lagi membuktikan dye masih hebat dan aksinya pada perlawanan di Sukan Sea begitu bagus dan konsisten,.



Asaruddin-mempunyai ketinggian y baek sbg pemain pertahanan,larian y laju,berskill,dan mempunyai keupayaan untuk megawal pergerakan lawan..sama seperti pemain pertahanan y laen,aksi mereka hambar bersama Skuad Kebangsaan namun sekarang dye bnyk belajar dri kesilapan..


Fandi Othman-mempunyai larian y pantas,berskill,kawalan bola y baek dan paling ak suka dye punya crossing memg taraf pemain EPL..bnyak peluang dicipta melalui crossing dye..boleh bermain di bahagian pertahanan dan pemain tengah,,crossing nya pasti sekali lagi ditagih buat penyokong Malaysia,.


Syahrul Anzwari-mempunyai saiz y x la begitu besar,tpi sasa,mempuyai larian y pantas dan skill2 y menarik,..sering memukau ak semasa larian nya dan skill nya..1st time jgax ak tgok aksi dye sbnarnya..boleh pergi jauh..bermain sbgai penyerang pada asalnya sekarang nie bertindak sbg pemain tengah kanan..jaringan nya seemasa menentang Indonesia membawa Malaysia bergelar juara kumpulan..new Messi Malaysia


Badrul Bakhtiar-mempunyai daya kepimpinan y baik,saiz badanya walaupun xbesar sgt,tpi permainanya begitu menarik,mempunyai rembatan y menarik dan sering membahayakan keeper lawan dengan rembatan2 nya,.kawalan bola y sempurna di bahagian tengah dan bijak merancang gerakan-gerakan menarik..diberi tanggungjawab sbg kapten pada kali nie sedikit pown tidak menghampakan rakyat Malaysia..dan dye memimpin begitu baik skali teman seperjuangannya...pengalaman memisahkan dye dengan pemain-pemain lain..pengalaman membuatkan aksinya begitu ditagih di final mlm nie..dan dye idola ak..hehe..pemain Malaysia y terbaek..Boleh diiktiraf Miedfield Terbaek Malaysia


Nazmi Faiz-baru berusia 17 tahun,tpi aksinya begitu matang di atas padang,mempunyai daya ketahanan y kuat,kawalan bola y baek dan bijak mengawal pertahanan dan tengah..begitu menyerlah selepas diberi peluang oleh Ong KiM Swee pada perlawanan menentang Thailand..setakat nie aksinya tidak pernah menghampakan..mempunyai peluang y cerah untuk beraaksi lebih jauh..


Irfan-walaupun saiz badan y kecil,tpi mempunyai kawalan bola y baik..bijak membaca gerakan lawan dan bijak kontrol bahagian tengah..gandingannya bersama Nazmi Faiz dan Badrul Bakhtiat seakan-akan begitu serasi..boleh beraksi begitu jauh sekali jika diberi peluang..


Wan Zaharul-glamer dengan panggila Kecik..walaupun bersaiz kecil,tpi mempunyai kepantasan larian semasa memegang bola,sering mengucar kacirkan bahagian pertahanan,berskill,mempunyai rembatan y kencang..jaringan nya semasa menentang Kemboja pasti tidak akan dilupakan.

Izzaq Faris-mempunyai saiz badan y besar,ketinggian y baik untuk penyerang..tetapi kepantasan nya pasti ditagih...kerana saiz badan nya membuatkan dye begitu slow..aksinya banyak mengucarkacirkan pertahanan lawan tetapi penyudah yang tumpul..banyak peluang y disia-sia kan olehnya..masih lagi berpeluang untuk beraksi jauh..


Fakhri Shahrani-mempunyai saiz y sempurna sbgai penyerang...tetapi banyak aksi nya tidak begitu menyerlah..bertindak mengikut emosi..ketahanan mental y kurang...walaupun menjaringkan gol semasa menentang Myanmar y membawa Malaysia ke final,tpi bg ak, Fakhri sudah perlu mengucapkan selamat tinggal kepada kem negara..


Guru-mempunyai saiz badan y kecil,sedikit kelam kabut bila memegang bola,tidak mempunyai idea semasa menyerang..gandingannya bersama Badrul Bakhtiar tidak begitu serasi..walaupun sudah lama bergandingan dengan Irfan,tpi aksinya begitu hambar di Sukan Sea..rasenyer Ong Kim Swee sudah boleh mencari pemain tengah y mempunyai pemain-pemain muda y masih berbakat di bahagian tengah..

Thammil-mempunyai ketinggian y baik,saiz badan y sasa dan sesuai sbg penyerang..tpi banyak melepaskan peluang terhidang di depan mata..namun,gerakannya sering mengucar kacirkan pertahanan dan mempunyai hantaran bola y begitu baik..tetapi Ong Kim Swee sepatutnya mencari penyerang y boleh menjaringkan gol or kaki bunuh or Silent Killer..hehe 


                                  Skuad Malaysia semasa memenangi emas di Sukan Sea Laos..
                                  Mereka menamatkan penantian selama 20 tahun Malaysia di temasya Sukan Sea.. 
                                  Sukan Sea kali nie,mampukah Skuad Harimau Muda mempertahankan gelaran itu??


Jom dengarkan lagu nie.."Berjuang lah Pahlawanku" by Ultras Malaya...


Ini adalah senarai 5 orang pemain Malaysia Terbaek sekarang ini..pilihan ak sndiri..

  Khairul Fahmi Che Mat-The Best Malaysia Goalkeeper


Aidil-The Best Malaysia Defender


















\



                                                                                                  Safiq Rahim-The Best Malaysia  Attacking Miefielder


    Syahrul Idlan Talaha-The Best Malaysia Stricker






















Badri Radzi(PIYA)-Pemain yg sepatotnya dipanggil oleh K.Rajagopal
















***Kepada rakyat Malaysia,sama-sama lah kita doakan kemenangan Skuad Harimau Muda..
***Dalam kte tgok bolaa tu,jangan sesekali kita lupakan Yang Maha Esa
***Bola untuk berekreasi boleh lah,jgn sampai hidup mati kita kerana bola...

Saturday, 19 November 2011

Cinta?Zina Hati?Couple Is Haram..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim..

Azan Subuh baru sahaja berkumandang..Alhamdulillah..aku masih berkesempatan untuk menunaikan fardhu Subuh pg ini..Alhamdulillah aku masih sempat untuk melihat keindahan pada pg ini walaupun masih lagi gelap,tpi di Subuh hari laa selalu membuatkan aku berada dalam ketenangan..Yela..kawan-kawan aku kebanyakan masih dibuai mimpi indah,diulik keseronokan fantasi..hehe..Pagi nie aku na bercerita tentang seorang perempuan..

Sebenarnya,tulisan aku kali nie bukanlah hendak berjiwang..Cuma aku keliru..Ye aku tersangat keliru..4 bulan lamanya aku menunggu dye,menunggu untuk mengenali dye..Alhamdulillah 4 bulan lamenyer,skrang kami da jdi kawan...Aku masih ingt tarikhnya,12 Julai 2011 aku di takdirkan bertemu dengan dye di satu program y dianjurkan oleh pihak U..Cinta pandang pertama laa katekan..bg ak,dye mmg ada paras rupa y cantik,lembut tutur katanya,ada lesung pipit y menambat sgt hati ak mase tu tpi y paling penting dye bertudung..Alhamdulillah luaran nye dye da cantik buat ak..tpi dalaman hati nya ak maseh tidak mengenali..dan aku pown mengharapkan dalaman nya secantik luaran nya..tpi tuu cerita 4 bulan y lepas..mase tuu mmg aku btol2 angau nan dye..setiap hari ak menunggu dye on9 semata-mata ak na chat nan dye..tp dye pown xpena na lyn ak mse tuu..katenye dye menanti owg len..bekas pakwe dye..yelaa..aku nie plax jenis y xreti bhsa..da dye ckp cm2 pown,sibok je dk menunggu..kdg2 trase cm bodoh jer ak nie..haha


Mase cuti Aidiladha hari tuu,tibe2 hati nie terdetik na mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus..ceranah tuu plax pasal Couple Dalam Islam Itu Haram..bukan first time sebenarnye dgr pasal tuu,tpi tibe2 baru hati ak tergerak sebenarnya..Allah SWT melarang kite bercouple,tpi kite still jgax lakukan..kenapa??da hilang ke takut kite kepada Allah SWT?Allah SWT y menciptakan kite laa..kite hanye pinjamkan daripadaNya untuk mencari bekalan atas muka bumi ini..da hilang ke rase takut kite??semua tuu bagaikan menyentap kalbuku..jauh di sudut hati ini..Ya Allah..banyak sgt da ak nie bergelumang dengan dosa,.tpi aku tahu Allah Maha Pengampun..sebab tuu sekarang ni ak hanye mahu mengabdikan diri ini hanya kepada Allah SWT..ape y aku lakukan pown sekarang ni kerana Allah Ta'ala,.semoga ibadah ku ini diterima olehNya..

Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Berbalik kepada cerita awl ak tdi, sekrang nie ak hanya mampu berdoa agar Allah jodohkan aku dengan dye..lau dye da sememangnya ditakdirkan sebagai jodoh ak,Alhamdulillah..lau dye bukan ditakdirkan buat ak,ak terima ketentuanNya kerana Dia lebih mengetahui apa y baek dan tidak baek untuk aku..Alhamdulillah ak skrang da jdi sahabat dye..dan sekarang nie persahabatan menjadi keutamaan bagi aku berbanding cinta Si Hawa..

Aku pernah terbaca firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah..aku pown tak ingt sgt ayt nye..tpi aku mengerti laa maksudnya.."Jika kita suka akan sesuatu,tidak semestinya Allah akan menyukainya,jika kita tidak suka akan sesuatu,tidak semestinya Allah tidak menyukainya kerana Dia lebih mengetahui apa y terbaek buat kita"..Bila ada sesuatu berlaku kepada aku,aku selalu menggunakan ayt nie sbg kata-kata perangsang buat diri ini untuk meneruskan hidup ini..dlunya ak buta hati,tpi skunk alhamdulillah ak dpt membezakan y mane buruk dan baik walaupun kadang-kadang ak msih melakukan kesilapan..Yela manusia mane y tak penah melakukan kesilapan..Alim ke kite,baik ke kite,ustaz ke kite,kite pasti tak kan lari dari melakukan kesilapan..



Sekarang ini,aku hanya akan menyerahkan cinta aku kepada Allah SWT dan kasih aku hanya kepada Muhammad Ya Rasulullah..same2 la kita bermuhasabah diri ya para sahabat..aku bukan seorang insan y baek,tpi pimpin lah aku ke jalan y benar andai engaku sahabat aku y baek..

***Sahabat y baek adalah sahabat y membawa shbtnya ke jalan y benar...
***Maaf andai kate blog ini tidak di susun dengan elok dan ada bahase2 y sukar difahami,sbb ak menulis bila idea tuu datang..


Friday, 18 November 2011

Masihkah ada hari esok untuk ku??

Aku melihat sang matahari memancarkan cahayanya menerangi siangnya,
Aku melihat sang rembulan menerangi angkasa raya dalam kegelapan malam,
Aku melihat sang awan melindungi alam daripada cahaya terik sang matahari,
Aku melihat sang hujan menitiskan tangisannya dengan hembusan air jernihnya,
Aku melihat sang pelangi mengibarkan warna-warna yang memujakan alam,

Semalam aku masih bersama si nafsu,
Meniti hari-hari permainan maksiat hingga Membutakan hati insan ini mengenal Sang Pencipta,
Bergelumang dengan nafsu sarakah membawa aku mengejar duniawi,
Duniawi tanpa harta,wanita tidak akan lengkap,
Seiringkali diri ini tergoda,digoda dengan kelembutan kaum Hawa,
Aku mendambakan diri ini kepada mereka,aku serahkan seluruh jiwa,hati ini kepada insan bernama Cinta,
Bersama Cinta Hawa,membuatkan aku berada dalam kelalaian,
Masa aku hanya untuk mengingati Cinta Hawa,
Cinta Hawa bagaikan segala-galanya bagi aku,sehinggakan aku melupakan Cinta itu milik Kau,

Hari ini aku diberi dua pilihan,
Menuju ke jalan Nya ataupun terus bersama hari semalam,
Melihat kepada kecantikan dunia ini,bisa membawa aku terus bersama hari semalam,
Melihat kepada keindahan Syurga,membawa aku kepada penghijrahan,
Keredhaan Kau menjadi keutamaan untuk ku menempuhi dugaan Mu,
Semakin ku mendekati Mu, semakin banyak dugaan yang perlu aku tempuhi,
Aku tinggalka Cinta Hawa keranaMu, 
Kerana aku mahukan keredhaan daripada Mu dalam hidup yang penuh ranjau berduri ini..

Esok adalah hari yang aku sendiri tidak mengetahui,
Masihkah aku menjumpai hari esok,
Masihkah berpeluang untuk aku mendambakan diri ini kepada Mu,
Masihkah berpeluang untuk aku meneroka ilmu Kalam Mu,
Masihkah berpeluang untuk aku melihat wajah suci ma dan abah yang sentiasa bersama insan ini,
Masihkah berpeluang untuk aku melihat senyuman along dan angah setiap kali aku bercerita,
Masihkah berpeluang untuk aku melihat sahabat-sahabatku menangis keranaMu,
Masihakah berpeluang untuk aku melihat gelak tawa kawan-kawan ku dengan gurauan ku,
Masihkah aku seperti ini pada hari esok ku,
Masihkah hati ini terus mendambakan dirinya kepada Mu..




****Aku telah melihat percikan air yang jatuh ke tangan aku ini,lalu air itu terpercik kembali lalu jatuh ke lantai..Aku melihat tangan ini masih terasa basahnya walaupun air itu sudah jatuh ke lantai...

Tepuk Dada Tanya Hati

Bismillahirrahmanirahim..


Alhamdulillah..petang nie maseh lagi berkesempatan utk ak menulis ape y dirasai oleh diri ini..Petang ini,tiba2 shja hati ini terdetik untuk berhenti belajar di UTHM nie..bukan ak xdpt ikot apa y diajar oleh lecturer,alhamdulillah dengan izin Allah SWT ak mseh lgi dpt mengikut subjek2 y ak amek even ad 1,2 subjek y memerlukan ak mengambil bnyk mase untuk belajar meminatinya..yela,kos aku niee bukanlah bidang y ak nak sebenarnya..tp ak redha kerana Allah lebih mengetahui drpada ak..tpi hari ini,hati ak terdetik utk berhenti belajar..ak mahu mengabdikan diri ak kepada Yang Maha Esa..Ya Allah,Kau permudahkanlah urusan ak..Kau tunjukkanlah jln y lurus kepadaku..Ya Allah,sesungguhnya ak terlalu takut jika sang hati ini berdolak dalik,berubah mengikut hawa nafsu ini..Kau berikanlah jawapan kepadaku Ya Allah..

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud :  “(Apa yang kamu katakana itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berduka cita.”  (Surah al-Baqarah, ayat 112).




Ternyatalah dalam surah ini,Allah SWT menyuruh hamba-hambanya menyerahkan diri kepada Nya dengan seikhlas hati  ..Insya-Allah ak berharap apa y ak lakukan ini diterima olehNya..ape ak lakukan ini semuanya kerana Mu Ya Allah..




إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلَّهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ،  
INNA SHOLAATII WANUSUKII WAMA_HYAAYA WAMAMAATII LILLAAHI ROBBIL 'AALAMIIN,
Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Alloh Tuhan semesta alam


***Semoga apa y kite sebot dalam solat kite ini,kite mempratikkan dalam kehidupan kite..kite bjnji kepada Nya menyerahkan seluruh diri kita kepada sehinggakan solat kita,ibadah kita,hidup kita dan mati kita hanya untuk Allah SWT..Subhanaallah..lau kita btol2 maksudkannya,Alhamdulillah..tpi macmane lau kita hanye menybotnya tnpa memahami maksudnya..berapa ramai di kalangan kita y y menyerahkan hidupnya kepada Allah..semuanya menyerahkan diri kepada duniawi..mengejar dunia sehingga terlupa ukhrawi..semoga ibadah kita diterima oleh Nya..Wallahualam,..




Thursday, 17 November 2011

Islam Agamaku

Bismilahirahmanirahim..

Alhamdulillah..malam nie msih lagi berkesempatan untuk ak mencoretkan sedikit tentang hati ini..Petang tadi ak bagaikan terkelu,bisu apabila melihat satu komen dari sahabatku y dalam komennya"mu nie koya insaf laa..status pasal keagamaan sjo lonie..hhaha"..mayb btol pe y dye ckp tuu..ak bkan owg y layak utk berckp pasal keagamaan nie..iman senipis kulit bawang ini,hati y sering berubah2 ini,diri y sentiasa melakukan dosa ini,jiwa y sentiasa bergelora dengan nafsu ini,mana bisa mampu berckp ttg agama..Sahabat,tak pernah terlintas di hati ini untuk nak tnjuk hebat coz pos pasal keagamaan kt fb..ak cume mahu berkongsi bersama sbb itu adlah tntutan agama kita..Islam menyuruh kita berpesan-pesan sesama saudara kita..jgn hukum diri ini kerana kesilapan pada mase dahulu..tpi berilah peluang kpd ak..

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."

Tiba2 aku teringat firman Allah SWT ini yg dalam surah Ar. Ra'd ayat 11..ak tahu ak manusia y seringkali melakukan kesilapan..tpi ak cuba untuk berubah..berubah menjadi seorang hamba Allah y taat kepadaNya,hamba Allah y melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya,hamba Allah y sentiasa bersama dengan agamanya,hamba Allah y dpt membela agamanya..sekurang-kurangnya ak maseh berpeluang untuk mencari jalanNya walaupun ak tahu hati ini sering tertewas dengan permainan nafsunya..namun ak hanya mampu untuk berdoa agar hati ini tidak lagi berdolak dalik selepas Allah bukakan pintu hati ini y dulunya terkunci rapat..teguhkan lah hati hamba Mu ini Ya Allah untuk berjihad di jalan Mu..



Hijrah ke arah y lebih baek??ya..itulah ak mahukan dlam diri ini..namun hati ini tertanya2,mampukah untk ak menempuhi segala halangan,dugaan daripadaNya??Ya Allah,Kau permudahkanlah segala urusan ku ini agar dpt ak menjumpai jalan menuju Mu..ak hanyalah hamba y daif,hina,miskin y bergantung hanya dengan semua benda y Kau pinjamkan kepadaku..tidak termampu untuk ku mengangkat tgn ini,mengatur langkah kaki ini,memandang kecantikan ciptaanMu tnpa mata ini,mendengar Zikrullah tnpa telinga ini,tidak tergerak jasad ini tnpa roh,..sesungguhnya ak hnya peminjam untk hidup di dunia sementara ini...Cintanya Kau kepada hamba-hamba Mu sehingga Kau meminjam kami segala-galanya atas dunia ini..tpi kami sering terlupa bahawa kami cuma menumpang untuk hidup di dunia dngan ape Kau pinjamkan kpd kami..

"Jika ada meter di sebelah kanan ini utk menyukat pahala dan kiri tubuh ini utk menyukat dosa,sudah tentu kita tahukan betapa bnyknya dosa kita"





***Berubahlah kerna Allah SWT..Insya-Allah,hidup kita akan lebih berkat dan diredhai olehNya..
***Sesungguhnya y baek itu dtg drpada Allah SWT,t buruk itu kelemahan diri ini..







Wednesday, 16 November 2011

Sesat Dalam Rindu

Cube hayati lah setiap bait-bait lagu ini..mempunyai seribu satu maksudnyer..


Ku resah mencarimu dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu mu

Ku satukan firasat mencari mu
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku

Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara

Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta

Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih







***Cinta Allah tidak perlu dicari kerana cinta Allah sudah pasti sentiasa ad bersama kita sejak termetera nya perjanjian kite denganNya dlu..tetapi apa y telah kite lakukan?melupakan perjanjian kita denganNya..kita lebih gembira bersama cinta duniawi sehinggakan duniawi bertakhta di hati dan ukhrawi kite lupakan..namun aku masih sesat dalam rindu..sesat dalam mencari jalan kepadaMu biarpun peluang sentiasa terbentang luas di hadapan ku,namun duniawi membutakan mataku..Ya Allah,ak bermohon kepadaMu agar ditunjukkan jalan lurus dan Kau bukakanlah dan berikanlah taufik dan hidayat kepada ku hambaMu ini y serba kekurangan..