Ku resah mencarimu dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu mu
Ku satukan firasat mencari mu
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku
Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara
Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta
Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih
***Cinta Allah tidak perlu dicari kerana cinta Allah sudah pasti sentiasa ad bersama kita sejak termetera nya perjanjian kite denganNya dlu..tetapi apa y telah kite lakukan?melupakan perjanjian kita denganNya..kita lebih gembira bersama cinta duniawi sehinggakan duniawi bertakhta di hati dan ukhrawi kite lupakan..namun aku masih sesat dalam rindu..sesat dalam mencari jalan kepadaMu biarpun peluang sentiasa terbentang luas di hadapan ku,namun duniawi membutakan mataku..Ya Allah,ak bermohon kepadaMu agar ditunjukkan jalan lurus dan Kau bukakanlah dan berikanlah taufik dan hidayat kepada ku hambaMu ini y serba kekurangan..
No comments:
Post a Comment