Monday, 21 November 2011

Cinta Rasul

Bismillahirrahmanirahim..


Alhamdulillah..pagi nie ak terasa nak menulis sket..lagipun esox cuti..na rest sepenuhnya pg esox..sementara menunggu azan Subuh berkumandang...terlebih dahulu ak na beritahu,blog2 y ak tulis nie sebenarnya berkisar tentang hidup ak,orang di sekeliling ak..lau sedikit sal keagamaan tuu,bukan ak na menunjuk-nunjuk ke pe..ak menulis untuk buat peringatan kpd diri ak sendiri..dan mgkin ad sedikit-sedikit pe y sy beritahu tuu mgkin boleh digunakan..Wallahualam laa..sbb sy hanye menulis,idea dan buah fikiran tuu dtg dri Allah SWT..tangan ini hanya digerakkan shja untk menaip.


Jangan meniru semasa peperiksaan dijalankan!!hehe..hampir kebanyakkan pelajar pasti akan melakukannya bila peperiksaan dijalankan..yelaa..ak sendiri pown penah lakukannya tpi tuu mase ak zaman jahilliah dlu..zaman y ak maksudkan ialah mase ak berumur 16 dan 17 tahun,.remaja na membesar kan..banyak benda y xelok ak penah buat..Alhamdulillah..sekarang nie walaupun masih kelihatan kebudak-budak kan tpi ak da lebih matang asenyer dri dulu,..kawan baik ak sendiri pown ckp cm2..gembira laa jga sbb ad owg ckp cm2..sbb ak da xna owg ckp ak cm bdak-bdak..ak na jdi seorang lelaki y matang..Meniru dalam exam adalah salah sbb xjujur pada diri sendiri..entahlah..mayb btol kot..ak pown kdang-kdang keliru..tpi Alhamdulillah laa sejak masuk matrik sampai laa msuk U nie,ak xske meniru time test or exam..Yela watpe dpt markah tinggi sedangkan xtahu papepown y lecturer ajar...

Tuu pasal Meniru dalam exam..ak sebenarnya na meniru cara hidup Rasulullah SAWdalam kehidupan baginda..Baginda merupakan idola kita semua..sbb kita adlah umatnya..Sunah baginda Rasulullah SAW perlu kita semua ikuti..sbb kita adalh umatnya..mane mgkin Rasulullah SAW akan memberi syafaat kepada kita mase perhitungan amalan nanti lau Sunah y baginda tinggalkan kpd kita,kita xpenah pown amalkan dalam kehidupan kita..


Adalah diriwayatkan bahawa Al-Hasan bin 'Ali k.w. bercerita: Husain (saudara kandung Hassan): "Aku bertanya kepada bapaku ( 'Ali bin Abi Talib) tentang perilaku Rasulullah SAW kepada sahabat-sahabatnya. Lalu bapaku berkata:
Rasulullah SAW adalah seorang yg bermuka manis, lembut budi pekertinya, tawadhuk, tidak bengis, tiada kasar, tiada bersuara keras, tiada berlaku dan berkata keji, tidak suka mencela dan juga tidak kedekut. Baginda membiarkan (tidak mencela) apa-apa yg tidak disenanginya, tidak menjadikan orang yg mengharapkan pertolongan menjadi putus asa, tidak pula menolak untuk itu.

"Baginda tidak berbicara melainkan pada sesuatu yang diharapkan ada kebaikannya..."(Riwayat At-Tarmizi, al-Syamail al Muhammadiah)


Cinta Allah SWT adalah cinta kita y pertama..Cinta baginda Rasulullah SAW adalah cinta kedua kita..Cinta manusia adalah y ketiga..cinta ketiga tuu bukan lah y dimaksudkan dengan bf or gf kite,tpi ibu bapa,saudara se Islam,cinta kpd alam sekitar,haiwan..cinta nya Rasulullah kepada kita sampaikan hujung nyawa baginda,bagina menyebut ummati,ummati,ummati..umatku,umatku,umatku..bimbang,sayang,cintanya baginda kepada umatnya..namun kita sbgai umatnya,pernahkah timbul perasaan y begitu menebal kepada baginda?mlut kita mmg senang utk mengatakan aku cinta pada Rasul aku..tpi betul ke hati kita benar-benar maksudkan??kita mengikut ke Sunah baginda??

Jika dilihat pada kehidupan kita sekarang nie,termasuklah ak sendiri pown..dunia telah membuatkan kite semua lalai dan leka..hinggakan kite lupe orang y tela diutuskan oleh Allah SWT menyampaikan wahyu kepada umat-umatnya,berjuang demi menegakkan agama Islam,namun pernah ke kite ingat jasa baginda??sape y kite sanjung-sanjung dalam kehidupan?Tunku Abdul Rahman ke??Onn Jaafar??Mahathir Mohamad??or Najib Razak??lupekan lah sanjungan tuu..baek kite mengenali baginda Rasulullah SAW lebih bermakna dalam kehidupan kita..dapat jgak syafaat kelak..


Kita semakin sibuk dengan dunia ciptaannye sendiri. Dunia keseronakan terhadap hiburan yang melalaikan, dunia pekerjaan yang menjerumuska kite ke arah hilangnya harge diri lantaran ikutkan nafsu (rasuah, tidak amanah dsb), dunia pelajar yang sepatutnya dijalani penuh bijaksana akhirnya menjebakkan diri ke lembah kelesuan dek kerana melupakan tanggungjawab sebenar sebagai seorang pejuang ilmu. Insan yang tidak berakhlak akan hilang rasa tanggungjawab terhadap diri,
keluarga, dan ummah; seandainya ramai yang berkeadaan demikian,
maka dikhuatiri negara dan ummah akan binasa. Semoga kita dilindungi drpd melakukan perkara-perkara y menyalahi di sisi agama Islam..


Carilah cinta Allah dan kekasihnya Muhammad Ya Rasulullah..pasti hidup kite lebih bermakna..ak berdoa agar ak dpt mencintai Kau sebagaimana KekasihMu mencintai Kau..kenali diri anda pasti anda akan mengenaliNya...ak jga sedang mengenali diri ini..doakan ak agar ak dpt mengenali dri ak sebelum tiba saatnya ak menuju ke alam seterusnya,alam barzakh...yelaa..bekalan ak na menuju ke hari perhitungan masih belum mencukupi..entahkan diterima atau tidak ibadah ku..lau xditrime,bekalan ape y ak na bawak ke sane..kereta???motor??duet??haha..lau tuu boleh bawak,lom tntu ak ley bawak jgax..

***Kenali Diri Sendiri,Pasti Akan Kita Kenal Yang Maha Pencipta
***lau ada terkurang,minta maaf sgt2..ak pown kekurangan ilmu jgax..masih dalam proses mengenali diri sendiri..


No comments:

Post a Comment