Wednesday, 23 November 2011

Malam Ini Aku Keseorangan

Dengan lafaz Bismilahirrahmanirahim...


Malam ini aku terdampar di tepi pantai keseorangan..
Menanti sebuah kapal untuk membawaku pulang ke rumah..
Terus menanti,menanti,namun bayang-bayang kapal pun akuu tak kelihatan..
Perlukah aku terus menanti sesuatu y belun pasti?
Akal mula mencari sesuatu jalan menuju jalan pulang..

Malam ini aku terus terdampar di tepi pantai keseorangan..
Tanpa seurat benang..ye,aku malu sgt2 tanpa pakaian..
Tanpa ibu bapa,kawan-kawan y biasa menemani aku,
Perut mula bermain-main irama y penuh dengan kesyahduan,
Badan mula terasa penat,tekak ini hanya mampu menahan kehausan seteguk air,
kepada siapa harus aku meminta pertolongan selain daripada Yang Maha Esa..


Malam ini aku duduk keseorangan di tepi pantai,
Hanya mampu berserah kepada Nya,
Mampukah aku sampai ke rumah jika hanya duduk seperti ini?
Sekali lagi otak aku mula ligat berfikir,
Mencari sesuatu ilham yang mungkin dapat membuahkan hasil,
Hati ini mula terasa sunyi,
Badan ini mula terasa kesejukan menahan tiupan dingin angin malam,
Apa y perlu aku lakukan?kepada siapa perlu aku meminta pertolongan dalam suasana sunyi ini?
Lalu ku mengambil daun-daunan untuk menutupi sang tubuh ini..
Ku menghadapNya untuk meminta pertolongan,memohon kepadaNya dengan penuh pengharapan...

Malam ini aku terus berseorangan di tepi pantai,
Mengahayati alam ciptaan Nya pada waktu malam,
Kerlipan bintang begitu indah dan membuatkan hati ini terasa jatuh cinta,
Sinaran bulan terus menyemburkan cahaya nya,
Langit y gelap tidak sedikit pun terasa gelap jika bersama teman-temannya,
Bintang,bulan akan sentiasa bersama-sama menemani hari-hari malam aku,
Lalu aku melihat ombak yg terus memukul pantai,hati ini mmula tertanya-tanya,
Bagaimana semua ini terjadi?mampukah manusia mencipta semua ini?
Kekuasaan Mu terlalu hebat Ya Allah,
Kerana Kau adalah Pencipta kami di muka bumi ini...

Malam ini aku tak lagi berseorangan,
Aku di temani oleh Sang Bulan,Sang Bintang, Sang Ombak,Sang Pantai,
Dan yang sudah pasti aku ditemani oleh Malaikat di kanan dan kiri ku,
Y sentiasa mencatatkan baik dan buruk aku,
Hati aku mula ditemani oleh Kau dan kekasihMu Muhammad Ya Rasulullah,
Zikrullah menjadi pengubat duka lara aku di tepi pantai ini,
Hanya mampu berdoa agar ada orang y membawaku pulang,
Membawaku pulang ke jalan yang benar,jalan yang lurus,jalan menuju ke Syurga Mu....




***Maaf andai puisi ini xla baek sgt..ak hanye menulis sahaja..meluahkan ape y terbuku di hati
***Alhamdulillah..aku sebenarnya suka menulis puisi-puisi ini.ak hanya menggerakan tangan ini shja..idea dtgnya dri Allah..tpi lau puisi ini xsempurna,mgkin aku y kekurangan skill sbnarnyer..sbb ak xpena na blaja cre menulis puisi dengan betol..ak maen bedal jer..hehhehe

No comments:

Post a Comment