Friday, 18 November 2011

Masihkah ada hari esok untuk ku??

Aku melihat sang matahari memancarkan cahayanya menerangi siangnya,
Aku melihat sang rembulan menerangi angkasa raya dalam kegelapan malam,
Aku melihat sang awan melindungi alam daripada cahaya terik sang matahari,
Aku melihat sang hujan menitiskan tangisannya dengan hembusan air jernihnya,
Aku melihat sang pelangi mengibarkan warna-warna yang memujakan alam,

Semalam aku masih bersama si nafsu,
Meniti hari-hari permainan maksiat hingga Membutakan hati insan ini mengenal Sang Pencipta,
Bergelumang dengan nafsu sarakah membawa aku mengejar duniawi,
Duniawi tanpa harta,wanita tidak akan lengkap,
Seiringkali diri ini tergoda,digoda dengan kelembutan kaum Hawa,
Aku mendambakan diri ini kepada mereka,aku serahkan seluruh jiwa,hati ini kepada insan bernama Cinta,
Bersama Cinta Hawa,membuatkan aku berada dalam kelalaian,
Masa aku hanya untuk mengingati Cinta Hawa,
Cinta Hawa bagaikan segala-galanya bagi aku,sehinggakan aku melupakan Cinta itu milik Kau,

Hari ini aku diberi dua pilihan,
Menuju ke jalan Nya ataupun terus bersama hari semalam,
Melihat kepada kecantikan dunia ini,bisa membawa aku terus bersama hari semalam,
Melihat kepada keindahan Syurga,membawa aku kepada penghijrahan,
Keredhaan Kau menjadi keutamaan untuk ku menempuhi dugaan Mu,
Semakin ku mendekati Mu, semakin banyak dugaan yang perlu aku tempuhi,
Aku tinggalka Cinta Hawa keranaMu, 
Kerana aku mahukan keredhaan daripada Mu dalam hidup yang penuh ranjau berduri ini..

Esok adalah hari yang aku sendiri tidak mengetahui,
Masihkah aku menjumpai hari esok,
Masihkah berpeluang untuk aku mendambakan diri ini kepada Mu,
Masihkah berpeluang untuk aku meneroka ilmu Kalam Mu,
Masihkah berpeluang untuk aku melihat wajah suci ma dan abah yang sentiasa bersama insan ini,
Masihkah berpeluang untuk aku melihat senyuman along dan angah setiap kali aku bercerita,
Masihkah berpeluang untuk aku melihat sahabat-sahabatku menangis keranaMu,
Masihakah berpeluang untuk aku melihat gelak tawa kawan-kawan ku dengan gurauan ku,
Masihkah aku seperti ini pada hari esok ku,
Masihkah hati ini terus mendambakan dirinya kepada Mu..




****Aku telah melihat percikan air yang jatuh ke tangan aku ini,lalu air itu terpercik kembali lalu jatuh ke lantai..Aku melihat tangan ini masih terasa basahnya walaupun air itu sudah jatuh ke lantai...

No comments:

Post a Comment